Video yang dimuat naik oleh Vivi Sumanti sejak semalam itu di Kampung Paloh, Pintu Geng, berkata, makan minum tidak terurus, tidak berpakaian, tiga daripadanya tidak bersekolah dan lebih malang lagi ibu mereka seorang penagih dadah.
Ibu mereka, Faridah Yaakob, berusia 34 tahun berasal dari Tawang, Bachok, langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, malah ada ketikanya dia tersengih, merenung jauh mengelamun seperti khayal dalam dunianya sendiri.
Menurut Faridah, dia sudah lama bercerai dengan suaminya dan bersamanya mereka memiliki enam orang anak. Namun anak sulungnya berusia 13 tahun kini dijaga oleh bekas ibu mertuanya.
Selebihnya anak yang berusia 11, 9, 6 tahun dan anak bongsu yang berusia 9 bulan bersama Faridah yang tidak dijaga dengan baik dan diabaikan begitu sehaja.
Keadaan tempat tinggal mereka yang kotor dan busuk bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman. Difahamkan lima beradik itu hanya diberi pakaian yang ada, makan minum tidak menentu dan hanya menjamah buah jambu sebagai sarapan.
Faridah berkata, kesemua anak-anaknya yang mempunyai surat beranak sudah tinggal bersamanya sejak enam tahun lepas. Sehingga kini sewa bulanan RM300 masih dibayar oleh bekas suaminya. Malah bekas suaminya juga yang selalu datang setiap hari menghantar makanan untuk anak-anak mereka.
Berdasarkan video, ternyata memang banyak sampah sarap di luar dan dalam rumah dua tingkat itu. Dengan keadaan dinding rumah yang berlubang dan retak, tandas yang rosak, tingkap yang pecah, jelas sekali mengundang pelbagai ancaman keselamatan pada anak-anak kecil itu.
Justeru, Vivi Sumanti berharap, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana NGO yang tampil membantu si ibu dan lima anaknya ini dari terus hidup dalam keadaan yang daif ini.
Sumber : The Reporter
No comments:
Post a Comment