Sepotong video seorang lelaki tua yang mengaku dirinya gay dan menyerang seorang lelaki untuk melakukan hubungan seks menjadi tular.
Video berdurasi empat minit itu dirakam dalam sebuah tren di Singapura semalam yang menyaksikan seorang lelaki separuh usia berkeras mahu melakukan hubungan seks dengan mangsa, seorang warga Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, mangsa yang dipercayai ditemani isterinya menolak permintaan lelaki itu dan cuba mempertahankan diri.
Katanya lelaki tua itu, undang-undang di Singapura tidak menghalang niatnya untuk melakukan seks sesama jantina.
Malah tidak menjadi kesalahan untuk dia mengakui dirinya dan mangsa daripada golongan homoseksual.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila lelaki yang dipercayai mabuk itu lebih agresif dengan cuba mencium mangsa.
Namun, mangsa ditampar kerana cuba mengelak.
Lelaki itu akhirnya ditenangkan oleh seorang penumpang lelaki.
Sumber : Astro Gempak
No comments:
Post a Comment