Panduan Membeli Tayar Kereta, Jangan Sampai Tertipu!

Image result for tayar kereta

Tayar merupakan bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan. Tayar adalah satu-satunya bahagian yang menghubungkan antara kenderaan dan permukaan jalan. 

Tukar-tayar
Gambar hiasan.

Justeru itu, setiap pemilik kenderaan perlulah memahami asas keselamatan dan pengetahuan mengenai tayar kenderaan mereka. Setiap tayar kenderaan dibekalkan dengan maklumat spesifikasi dan keselamatan pada dinding tayar tersebut. 

Contohnya, seperti tarikh pembuatan, index berat, index kelajuan dan tanda amaran kehausan pada tayar.

Berapa ramai antara kita sedar akan maklumat ini? Jarang sekali kita bertanya perkara-perkara ini kepada penjual tayar ketika kita mahu mengganti tayar kenderaan kita. 

Ramai pengguna di Malaysia tidak menyedari akan amaran ini pada tayar dan mereka berpendapat tayar hanya perlu diganti apabila bunganya sudah tiada atau dalam erti kata lain apabila tayar itu sudah botak. 

Tidakkah mereka sedar bahawa penggunaan tayar sehingga botak sudah melepasi tanda paras amaran dan keadaan ini bakal mengundang bahaya pada mereka.

Tips mengesan kehausan tayar kereta

Tayar-haus

Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu. 

Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.

Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata. 

Bunga-tayar

Bunga-tayar [2]

Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. 

Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat.

Tarikh Pembuatan Tayar

Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar. 

Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja. 

Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar. 

Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.

Bagaimana handak mengetahuinya? 

1709

Cuba lihat nombor seperti diatas (*1709*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk). 

2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu). 

Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009. 

Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut. 

Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 175/70R13/82H
  • Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm
  • Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
  • Jejari: R
  • Diameter rim: 13 inci
  • Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
  • Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
  • Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

Senarai Kod
  • S - 180 km/j
  • T - 190 km/j
  • U - 200 km/j
  • H - 210 km/j
  • V - 240 km/j
  • Z - Melebihi had laju 240 km/j
  • W - 270 km/j
  • Y - 300 km/j
  • ZR - Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

Berat Tampung Maksima Tayar

Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.

Fahami Kelajuan Dibenarkan

Maklumat-Tayar-Kereta

Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka. 

Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.

Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.

Sumber: Iswadykamas

13 comments:

  1. kalau tayar mengembung pulak ape cite lak membengkak lak tayar aku ni tgh2 bln lak dia bbuat masalah.. haihhhh beli GY tau mahl tayarnye bkn sek2 murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dulu pnah jugak pakai GY ni x tahan lama kalau kite selalu drive jauh hari2 tau...... sy paling lama brtahan GY ni pn dlm masa 2 tahun jugak smpai la kwn sy sarankan sy pakai continental cc6 skrg dah nak masuk 2 tahun stgh dah pakai.... so far, ok la x de meragam :))

      Delete
    2. Nasuhar tahar:::: kalau benjol mcm tu bahaya sgt2 takut2 silap hb, tayar awk boleh pecah nak2 pulak tgh drive,, punca dia tayar tu radial dlm tayar tu putus,, maybe awk ade langgar lubang besar gile dgn hentakkan yg kuat tu yg mngelembung..

      Delete
    3. @nasuha tahar goodyear bukan bagus ke?ramai je yang guna ok.kalau mu main langgar lubang tayar kebal pon mmg hancusss

      Delete
    4. @dira23 selalu jangka hayat tayar buleh tahan sampai 2 tahun pon kurang2.kalau dah try dua2 agak mu mana lagi puas ati?

      Delete
    5. knp nak pening2 tanya je mekanik kat bngkel tu mane tayar yg bagus n murah confirm dorg recommend on the spot kt situ jgak.. sy buat mcm tu la dorang bagi tayar murah je boleh la pakai janji smpai ke destinasi yg nak dituju tayr mahal pun kualiti pun ade yg teruk

      Delete
    6. tak boleh amek ringan psal bnda ni.... ni melibatkan nyawa kite n pngguna jln raya yg lain tau x!... tayar murah xsalah tapi make sure ade kualiti... bagi i, tayar yg under rm 100 tu kena pikir masak2 sebelum guna... continental ade jual tayar yg bwh rm 200 boleh tahan selama 2-3 tahun kalau pkai tau.... so, kalau setakat nak tukar 2 biji tayr kat depan dlm RM 300++ xkan xmampu

      Delete
    7. UCOP ENSEM: Thanks sbb bagitau sebab musababnye tapi buat masa skrg jgn lah meletop ke ape tunggu hujung bln gaji je tukar tayar brand lain...

      Delete
  2. pakai la tayar continental langgar lubang kecik2 ni x jadi masalah sbb dia ade radial yg kuat x mudah nak terputus ke ape ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye keeeee??? tapi tayar continental sy pnah pakai dia susah nak control la ke kereta sy yg problem xsure la tapi ramai kate continental tayar dia bising sgt klu drive laju2

      Delete
    2. Rokian manan, ye betul i dah pakai tayr continental model CSC3.. model ni mahal siket sbb i pakai mitsubishi expender... sbb tu kena mahal baru power! hehehe so, far dah jadi pngguna continental hampir 12 tahun.. mmg antara brand yg i rekemen kan kat kwn2 yg ada kereta sport ke myvi sekali pun... kalau tayar bising tu , maybe cc5 sbb ade je org komplen tapi cc6 lagi bagus dari cc5 la

      Delete
    3. MARTIN MC LAUREN: dah usha model yg u pakai tu wowww! sebiji je nak dkat rm 700++ hahaha tapi cc6 ni kalau tgk kt lazada, mampu milik harga cc6 ni cuma kena survey la mana yg boleh install kat area klang valley ni.. kali ni nak try continental.. thanks

      Delete

Pages