Tasik Hillier adalah sebuah tasik yang berwarna merah jambu terletak di Middle Island, iaitu pulau yang terbesar di antara pulau-pulau yang membentuk Kepulauan Recherche, Australia Barat. Dari pandangan atas, tasik ini kelihatan seperti pepejal merah jambu.
Info Ringkas:
- Tasik ini berukuran kira-kira 600 meter panjang, dan dikelilingi oleh rim pasir dan hutantebal paperbark dan pokok eucalyptus. Satu jalur sempit gumuk pasir yang diliputi oleh tumbuh-tumbuhan memisahkan ia ke utara dari Lautan Selatan.
- Tidak seperti lain-lain tasik merah jambu di dunia seperti di Retba dan kolam garam di San Francisco Bay, asal usul warna merah jambu Tasik Hillier belum dapat dibuktikan secara saintifik.
- Namun berdasarkan spekulasi, warna merah jambu ini berkemungkinan timbul daripadapewarna dicipta oleh organisma Dunaliella salina dan Halobacteria.
- Hipotesis lain adalah bahawa warna merah jambu ini disebabkan oleh bakteria halophilicmerah di keruping garam.
- Warna merah jambu ini bukanlah satu muslihat cahaya dan ia boleh dibuktikan dengan mengambil air dari tasik di dalam bekas - warna merah jambu boleh dilihat secara kekal.
Lagi gambar-gambar menarik:
sumber: http://www.amusingplanet.com, google image
No comments:
Post a Comment