Belajar Mengira DSR Dan Anda Telah Mulakan Langkah Pertama Untuk Membeli Rumah
Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai yang tidak berani nak beli rumah terutamanya fresh graduate. Dengan jumlah gaji yang rendah menjadikan cita-cita untuk membeli rumah dianggap mustahil. Misalnya gaji sebanyak RM2,000 sebulan, mampukah untuk membeli sebuah rumah?
Kalau mampu beli rumah sekarang, kenapa ditangguhkan? Masalahnya ialah ramai antara kita bukan tak mampu, tapi tak tahu.
Pokok pangkalnya bukan pada kemampuan kewangan semata-mata, tetapi lebih kepada perancangan kita dalam menguruskan kewangan. Pepatah mengatakan “beli baju ukur di badan sendiri, beli rumah mestilah mengikut kemampuan pendapatan.”
Jadi sebaiknya kita semak Debt Service Ratio (DSR) kita terlebih dahulu, barulah kita boleh buat keputusan untuk membeli rumah.
Apa itu Debt Service Ratio (DSR)?
Debt Service Ratio (DSR) bermaksud nisbah hutang atau komitmen kewangan terhadap pendapatan kita. Dengan bahasa mudah, ianya bermaksud jumlah pendapatan seseorang digunakan untuk membayar ansuran pinjaman. “Semakin tinggi nilai DSR kita, bermakna sebahagian besar pendapatan kita adalah digunakan untuk membiayai hutang, dan ini menandakan kita akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman baru.”
Debt Service Ratio (DSR) terbahagi kepada 2 iaitu:
Komitmen
Pendapatan
Pendapatan
Maklumat berkaitan jumlah komitmen boleh diperolehi daripada CCRISContoh: Pinjaman kereta, peribadi, kad kredit, PTPTN
Actual income –pendapatan tetap bulanan (gaji bersih)Side income – Contonhyan komisyen sebagai ejen insuran
Actual income –pendapatan tetap bulanan (gaji bersih)Side income – Contonhyan komisyen sebagai ejen insuran
Business income – Pendapatan dariapda perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
Potfolio income – Pendapatan dividen seperti unit trust, ASB
Mari kita rujuk kes dan pengiraan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Contoh kes
Aishah bercadang untuk membeli sebuah rumah yang berharga RM330,000. Anggaran instalment bulanan rumah adalah sebanyak RM1300. Jom kita kira DSR Aishah:
Pendapatan bersih = RM3700 sebulan
Pinjaman kereta = RM600 sebulan
Pinjaman peribadi = RM300 sebulan
Pinjaman PTPTN = RM150 sebulan
Pinjaman kereta = RM600 sebulan
Pinjaman peribadi = RM300 sebulan
Pinjaman PTPTN = RM150 sebulan
Formula DSR
63.5% adalah kurang daripada 70%, jadi Aishah layak menerima pinjaman baru dengan bayaran bulan sebanyak RM1300.
DSR hanyalah satu panduan sahaja, dan bukan jaminan yang kita akan berjaya mendapat kelulusan dari bank. Walaubagaimanapun kita harus semak dengan bank untuk mendapatkan penerangan lanjut.
Dengan memahami cara untuk mengira DSR, kita boleh merancang untuk membeli rumah. Kalau tak tahu kira DSR, kita takkan tahu sama ada kita mampu atau tidak untuk beli rumah dan berapa harga rumah yang mampu kita beli.
Bila orang tanya “Awak dah beli rumah ke?” biasanya kita mesti akan jawab “Harga rumah mahal kot, mana mampu nak beli lagi.”
Adakah nak tunggu gaji kita dah besar baru kita akan berfikir tentang membeli rumah? Adakah kita yakin ketika gaji kita dah besar, harga rumah pula akan menurun? Yang pasti nilai hartanah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Bagi fresh graduate yang baru kerja dan berniat untuk beli rumah, boleh mula cari rumah yang mampu dibeli mengikut kepada pendapatan anda.
Gaji RM2000 Pun Boleh Beli Rumah
Sebagai contoh, tahun pertama anda bekerja hanya dapat gaji RM2000, sudah mampu beli rumah berharga sekitar RM100,000. Dengan gaji RM2000 tu dah layak sebenarnya nak memohon pinjaman untuk beli rumah.
Sekiranya kita bujang dan tinggal sendiri, bolehlah sewakan bilik kepada orang lain. Hasil sewa itu boleh kita gunakan untuk tampung bayaran bulanan, dan sebagai tuan rumah kita tinggal secara percuma kerana ada orang tolong bayarkan instalment rumah tersebut.
Rugi kalau lambat beli rumah. Jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang. Mula dengan mengira DSR anda. Kalau tak mampu beli rumah, jangan dimarah mahalnya rumah. Beli je rumah murah.
Ada ke rumah bawah RM100,000?
Ada ke rumah bawah RM100,000?
Ada je dekat laman web ni.
Semoga memberi manfaat kepad pembaca. Kongsikan!
Sumber: Majalahlabur
No comments:
Post a Comment