6 Tips Mudah Penjagaan Gigi Agar Sihat Dan Putih Berseri

TIPS MUDAH PENJAGAAN GIGI - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan
Penjagaan Gigi. Adakah anda mengambil berat tentang kesihatan gigi anda? Adakah anda faham tentang penjagaan gigi yang tepat?

Gigi merupakan aset berharga yang selalu kita kena jaga. Tanpa adanya gigi, kita tak akan dapat merasakan betapa nikmatinya makan, mengigit serta mengunyah makanan.
Kesihatan gigi bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan begitu sahaja. Untuk merawat gigi agar tetap sihat dan kuat memerlukan rawatan maksimum serta penjagaan sejak dari kecil, bermula saatnya seorang bayi itu tumbuh gigi.
 Bagi ada yang menginginkan gigi yang putih, bersih dan tanpa karang gigi, berikut tips penjagaan gigi  secara semulajadi, mudah dan murah:
1. Berus gigi dengan displin
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.
Sekurang-kurangnya beruslah gigi tiga kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur. Paling penting, sebelum tidur kerana sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi, bakteria tidak akan membiak dan membantu mengurangkan karang gigi.
2. Jaga pemakanan
Pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilannya sahaja.
Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan anda tercungkil-cungkil gigi menggunakan lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida
Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.
Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.
4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan ‘scaling’
Perkara ini bukan sesuatu yang harus anda lakukan pada  setiap hari. Tetapi, anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.
Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masanya untuk berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda. Doktar gigi akan memberi nasihat kepada anda tentang penjagaan gigi yang betul.
5. Berkumur selepas makan
Jangan lupa untuk berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan. Selain itu anda digalakkan memberus gigi sejam selepas makan. Tetapi, anda tidak disarankan melakukannya sebaik sahaja selepas akan kerana ia akan menyebabkan gigi anda mudah rapuh dan rosak.
 6. Kunyah ‘chewing gum’ selepas makan
Selain tips penjagaan gigi di atas, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah ini akan berfungsi sebagai pembersih sisa-sisa makanan pada gigi. Cuma, apa yang perlu anda pastikan, pilih gula-gula getah yang kurang mengandungi gula dan tidak manis.
Kesimpulan
Masalah gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang, ini terjadi sebab kita memandang remeh tentang penjagaan gigi. Apabila sudah sakit gigi, barulah kita mengeluh panjang. Jadi, untuk elakkan sebarang masalah gigi, mulut dan gusi, rajin-rajinlah menjaga kebersihan gigi serta memberusnya dengan betul. Amalkan tips di atas untuk mendapatkan gigi yang cantik serta mulut yang bersih.

Sumber : www.wow.my

No comments:

Post a Comment

Pages