Ada yang gemar membela kucing dan ada juga yang gemarkan anjing.
Perbalahan antara cat person dan dog person ini yang entah sejak dari bila wujudnya, kadang-kadang mewujudkan debat yang tak masuk akal terutamanya di bahagian komen video-video Youtube.
Tapi yang beragama islam pastilah akan memilih kucing, kecuali bagi mereka yang tak suka kucing mungkin akan mencari alternatif haiwan lain seperti arnab, ikan, hamster, burung, mentibang, mentadak mentadu, penguin albino, siamang gagap dan sebagainya.
Kucing yang selain menjadi haiwan kesayangan Rasulullah, juga boleh memberi manfaat kepada pembelanya, seperti peneman kesepian bagi mereka yang foreveralone, mengurangkan stress dan juga boleh memberi manfaat kesihatan.
Selain itu memiliki haiwan kesayangan tidak kira samada kucing atau haiwan lain sebenarnya boleh mengubah hidup seseorang seperti kisah seorang lelaki ini yang mengambil keputusan untuk tidak membunuh diri kerana anak anjing kesayangannya. Kucing juga mempunyai beberapa sifat menarik yang mungkin tidak diketahui ramai.
Hah, jadi macam mana? Anda sukakan haiwan apa? Saya pastilah gemarkan kucing, jika tidak takkanlah saya nak buat entri pasal 35 gambar kucing comel yang lucu dan menggelikan hati ni. Hehe, cekdemout!
sumber : kfien
No comments:
Post a Comment