Ayusliza Azizan
Foto Ihsan Bomba
PEMANDU maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar sebuah lori di Batu 4, Jalan Kapar dari arah Rantau Panjang menuju ke Kapar, Klang hari ini.
Dalam kejadian jam 8.55 pagi itu, mangsa Mohamad Norhani Mohamad Hatta, 28, tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya.
Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
SUMBER : MyMetro
No comments:
Post a Comment