Assalamualaikum, salam Ramadhan semua. Masih berbaki belas-belas hari puasa. Harapnya masih sempat kongsikan confession saya ni sebelum raya. Selamat beramal.
Straight to the point. Tahun lepas tahun pertama beraya sebagai isteri orang. Sepanjang raya tahun lepas, kerap sangat saya dengar ibu bapa yang ada anak-anak kecil ni bagitahu anak-anak mereka “pegi salam makcik tu mintak duit raya” or “cakap kat pakcik nak duit merah,tak nak duit hijau” or “tanya makcik tu duit raya mana?” Tak kurang juga ada budak datang kat suami saya cakap “pakcik,ayah cakap kalau pakcik baik hati,pakcik bagi lagi duit raya” padahal dah bagi sehari sebelum tu duit raya kanak-kanak tersebut semua adik beradik.
Pernah alami apa yang saya alami?agak mengejutkan sebenarnya. Jom semak sama ada anda terdiri dalam golongan yang mengajar anak untuk minta duit raya atau mangsa keadaan. Di sini saya kongsikan beberapa hujah pandangan peribadi saya.
1. Sebagai ibu bapa, JANGAN SEKALI SEKALI MENGAJAR ANAK UNTUK MINTA DUIT RAYA DENGAN SESIAPA. Kita tak tahu mcm mana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik sebegini mungkin merunsingkan mereka.
2. Jaga adab. Saya yakin dan percaya tiada sesiapa antara kita yang dah dewasa ni dididik oleh ibu bapa kita untuk minta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab sebenarnya meminta sesuatu yang belum tentu menjadi hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab?
3. Jangan samakan kedudukan kewangan anda dengan orang lain. Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti anda. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.
4. Jangan ingat semua orang bekerja tu banyak duit. Ataupun kalau orang tu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungkin tanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang nilaikan kewangan orang bila anda tidak tahu.
5. Semua orang pun sedar dengan kos sara hidup pada zaman kini kan? Banyak yang perlu dijimatkan sekarang. Sekiranya duit raya anak-anak anda termasuk di dalam antara yang perlu di ‘cut cost’, sila redha. Jangan mintak duit warna warni sangat.
6. Jaga air muka pemberi duit raya. Didik anak anda untuk tidak buka sampul di depan mereka dan tidak complain tentang amaun yang mereka terima. Malu tau kalau orang kritik hasil derma kita. Dah dapat tu bersyukur.
7. Dengan mendidik anak anda meminta duit raya dengan orang lain atau mengkritik duit raya yang mereka peroleh, anda secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi manusia yang tidak berhemah. Tidak dapat saya nyatakan dengan terang di sini kerana tiada kajian pun tentang isu ni. Rasuah mungkin.
8. Jika anda ialah mangsa keadaan, saya simpati dengan anda. Sediakan jawapan-jawapan awal bagi soalan-soalan di atas. Seperti “mak kau bagi anak pakcik dulu pun dua ringgit je”. Ok itu gurau. Anggaplah tu sedekah amal jariah.
9. Setiap sen yang anak anda terima, anggaplah tu rezeki mereka. Bukan rezeki anda. Maka tak perlu lah demand lebih. Tak perlu minta. Anda mungkin anggap semua gurauan, orang lain? Bersyukur dan terus bersyukur. Jangan kritik.
10. Hari raya ialah hari bahagia. Berkumpul sanak saudara. Jangan rosakkan mood raya orang lain dengan perangai anda tu.
Ingatlah, tahun ni kita ajar anak kita, tahun depan kita tak ajar dah tapi mereka akan praktikkan lagi. Semoga ibadah puasa kita diterima dan semoga Syawal yang akan diraikan dipenuhi dengan keriangan.
Maafkan saya sekiranya ada yang terasa hati atau tidak setuju dengan pandangan saya. Nak cakap depan-depan, tak berani kan? Share kan je confession saya dengan harapan ada yang membaca. Sebab itulah yang saya akan buat. Peace.
– Puan W
Sumber: IIUM
No comments:
Post a Comment