Kepala pelajar dipukul & ditendang sehingga terduduk dalam latihan amali

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki memukul kepala pelajarnya viral di media sosial, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 1 minit 40 saat yang dirakam salah seorang pelajar (tidak dinyatakan lokasi) menunjukkan lelaki berbaju merah berkenaan memarahi pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas penghawa dingin.

Ketika sedang menjalani latihan amali itu, mangsa diperhatikan oleh tenaga pengajar itu yang sesekali menarik telinga, memukul kepala dan menendang mangsa sehingga terduduk. Lelaki itu turut melemparkan perkataan 'bodoh' terhadap mangsa.

Tindakan lelaki itu diperhatikan sahaja oleh beberapa pelajar yang lain yang tidak mampu berbuat apa-apa. 

Netizen di media sosial mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak wajar kerana cara didikan seperti itu agak kasar dan sudah ketinggalan zaman. 


Justeru, netizen menggesa pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan. - The Reporter

No comments:

Post a Comment

Pages