Bila mak mula masak, keharuman masakan, mesti buatkan kita terus berlari ke dapur, terliur dibuatnya. Memanglah pada asalnya sardin tersebut dari tin, tapi kalau dah mak yang masak, sedapnya lain macam.
Tapi, menerusi perkongsian dari seorang wanita, iaitu saudari Tengku Khalidah Tengku Bidin ini, kita sebenarnya boleh buat sendiri sardin, yang mana dapat rasa seperti dalam tin.
Jom kita ikuti perkongsian darinya macam mana nak buat sardin sendiri.
Cara-Cara Buat Sardin Sendiri, Seperti Dalam Tin
SETIAP kali buka tin sardin, hati berdebar-debar kan. Sebab kita tahu benda tu tak sihat, banyak benar bahan pengawet (sebab tu tahan bertahun dalam tin), tapi nak makan jugak sebab sedap dia ya rabbi, tak boleh ampun.
Makanya buat sendiri sajalah. Tak perlu tunggu kau ada periuk Noxxa bagai. Akak tak perlukan periuk tu kat rumah. Pakai periuk biasa pun boleh. Mudah, semudah sebut ABC jer buat sardin ni. Pastu masuk dalam freezer, boleh tahan sampai sebulan kau. Nak puasa ni elok kita buat banyak sekaligus. Mudah yang amat masa sahur nanti.
Okay ikut step di bawah ya.
BAHAN-BAHAN
1- Ikan Kembong/Selayang@Sardin
2- Bawang besar diracik halus
3- Cili Boh 2 sudu
4- TOMATO biji dan Tomato puri
5- Sos Ikan@sos sotong
6- Garam
7- Kicap barang sesudu
Cara-cara dia sila ikuti gambar di bawah. Kalau ini tak boleh buat, sila ketuk ketampi 1000 kali. Pastu kurus. Kihkihkih
Bawang dan tomato potong siap siap. Comel-comel potong tu, kasi comel macam saya. Dan sos ikan 3 sudu (ikut selera kemasinan anda)
Sila share, insya Allah dapat pahala sorang sikit. Saya izinkan resipi Sardin D'Amore ni untuk dikongsikan ramai. Sila jangan segan.
Lepas ini, bolehlah hidangkan pula dekat mak, atau mak mertua ke, sebagai tanda ingatan, kasih sayang kita dekat mereka. Mana tahu, rasanya boleh sama seperti apa yang mereka masak dekat kita dahulu. Moh ler kita cuba.
No comments:
Post a Comment