Pengalaman berjumpa dengan makhlus halus seperti hantu memang amat menyeramkan tambahan lagi jika dilalui secara bersendirian. Sering kali kita terbaca kisah pengalaman memandu melalui jalan yang sunyi dan ternampak makhluk-makhluk tersebut di tepi jalan. Malah ada kisah seram tersebut menjadi inspirasi untuk dijadikan sebuah filem.
Pengalaman seorang pengguna Facebook, Aswan Yap baru-baru ini terserempak dengan satu kelibat ketika sedang memandu pada waktu malam. Menurut beliau, dia dan rakannya ternampak makhluk tersebut ketika melalui kawasan di antara Taman Tasik Perdana dan Bukit Tunku sekitar jam 9.30 malam.
'Okay ini seram..ini agak seram!' kata rakannya menerusi rakaman dari dashcam. Ketika melalui satu selekoh Aswan dengan segera memberhentikan keretanya setelah terkejut melihat lembaga berkenaan di tengah-tengah jalan. Beliau segera mengundurkan kenderaan untuk beredar dari situ. Tambah beliau lagi, lampu indikator pada ruangan papan pemuka menyala secara tiba-tiba.
Mereka segera beredar dari jalan tersebut menuju ke jalan besar dan tidak dipastikan sama ada makhluk tersebut betul-betul hantu atau cubaan untuk merompak mereka.
Video yang dimuat naik mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang gemar akan video seperti ini. Ada yang mengatakan sememangya hantu sebenar manakala ada juga beranggapan sebagai satu prank.
“Kenapa ‘objek’ tu tunggu di tengah jalan & bawah cahaya lampu jalan? Sebab dia nak mudah dilihat dan tak nak dilanggar ke?”
“Bukit Tunku ni memang keras. Dulu saya dengan rakan pernah overnight dekat situ sebab nak cari port pemandangan menarik KL, tapi sekali boleh sesat kat tempat lain pulak.
“So kalau ini prank, camne lak kereta tu boleh kuar bunyi notification tetiba tengah drive? Radio kereta tu pun siap tulis “SD card error reading” tetiba, korang tengok kat ruang komen balik” antara reaksi netizen di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment