(ViraL) Share Sepantas Mungkin..Ibu Trauma Kesan Gigitan Pepijat Semakin Membesar Dua Minggu, Bayi 8 Bulan Dibedah Demi Selamatkan Nyawa !

"Ia nampak seperti kesan gigitan nyamuk biasa saja..Dan bayi saya tak berasa gatal..Kami fikir kalau ia gigitan pepijat, nanti pasti ia akan sembuh sendiri..Tapi, selepas 2 minggu pun masih belum sembuh. Kami lihat ia seperti melecur. Tapi tanpa nanah..tolong ibu bapa..bukan semua pepijat biasa-biasa, pepijat ini sgt2 bahaya..jgn sampai anak anda terjadi seperti anak kami...tolong sebarkan secepat mungkin.."




"Ia nampak seperti kesan gigitan nyamuk biasa saja. Dan bayi saya tak berasa gatal", ulas Joey mengenang kembali tentang bengkak pada kaki anak lelakinya. Bayi tersebut berusia 8 bulan ketika itu.

"Kami fikir kalau ia gigitan pepijat, nanti pasti ia akan sembuh sendiri", Joey meneruskan bicara.

"Tapi, selepas 2 minggu pun masih belum sembuh. Kami lihat ia seperti melecur. Tapi tanpa nanah.

Jadi kami fikir mungkin kesan lecur ini akan kering dengan sendiri dalam tempoh 2 hari akan datang."
Kesan gigitan pepijat masih belum sembuh

"Bila tiada tanda-tanda kesan gigitan itu akan sembuh, kami terus berjumpa dengan doktor. Doktor memberikan krim topikal yang mengandungi steroid. Selepas seminggu memakai krim itu, kesan gigitan masih belum sembuh.

"Maka kami pergi ke pakar kanak-kanak di Raffles Medical untuk bantuan pula. Masa itu, kesan gigitan tersebut kelihatan seperti kulat atau pertumbuhan bakteria. Lalu doktor beri krim antiseptik dan suruh kami berjumpa pakar kulit jika ia masih belum sembuh."



"Seminggu berlalu dan masih tiada perubahan. Oleh itu, kami terus ke pakar kulit di Raffles Medical. Pakar kulit memberikan pelbagai krim berbeza dengan steroid yang lebih kuat, beserta dengan dos antibiotik. Tapi semua gagal."
Satu-satunya pilihan: Pembedahan?

"Kami kemudiannya dirujukkan kepada pakar bedah kanak-kanak di hospital yang sama untuk pemeriksaan, sebab kesan gigitan tersebut telah membengkak.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat jangkitan bakteria di sesuatu tempat dan badan bayi saya telah terlebih bertindak balas ke atasnya.

Doktor juga mengatakan ia seolah-olah parut tisu. Maka beliau memberikan krim Dermatix untuk merawat parut. Tapi semuanya tidak berjaya menyembuhkan kesan ini. Malah ia semakin membesar!

Pemeriksaan kali ke-3 mendapati bahawa kesan ini adalah Juvenile Xanthogranuloma."


Apakah Juvenile Xanthogranuloma

Menurut Wikipedia, Juvenile Xanthogranuloma (JXG) adalah sejenis penyakit dermatologi yang jarang berlaku tetapi lebih banyak memberi kesan kepada bayi yang berusia satu tahun ke bawah. Namun penyakit ini juga boleh dijumpai pada kanak-kanak yang semakin membesar dan orang dewasa.

Doktor mencadangkan pembedahan bagi memotong kesan gigitan ini. Joey ketika disoal mengimbas, "Anak kami masih belum mencapai usia satu tahun. Jadi kami memilih untuk tidak menjalani pembedahan lagi.

Kerana pembedahan ini perlu ubat pelali. Ubat pelali tidak disyorkan buat bayi kerana bimbang ia akan menghalang tumbesaran otak mereka. Lagipun, kesan gigitan ini tidak membahayakan nyawa, jadi kami boleh menunggu sehingga si manja kami lebih besar."

"Kami akhirnya mengeluarkan kesan gigtan tersebut melalui pembedahan bulan ini. Nasib baiklah semuanya berjalan lancar."




Yikes! Ini bukan pepijat biasa! Ini pepijat 'bug bite' yang gigit hingga bengkak!

Dua hari pertama selepas pembedahan, bayi saya tidak banyak bergerak. Tapi masuk hari ketiga, dia sudah boleh berjalan. Ia kelihatan seperti satu potongan besar dengan 7 jahitan. Mungkin ada parut nanti. Tapi kami akan beri krim parut.


Ambil langkah berjaga-jaga

"Kami masih berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak itu. Kami juga mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika si manja saya digigit serangga, kami akan guna krim gigitan biasa seperti Lucas Paw Paw. Kalau masuk hari ke-2 kesan gigitan masih tidak sembuh, kami akan terus pakai krim yang diberi doktor."

Pengalaman ini dikongsikan oleh Joey, seorang ibu daripada Singapura. Beliau dan suaminya, Eric bekerja dalam industri pelancongan. Si manja mereka kini berusia 15 bulan dan telah sembuh.

No comments:

Post a Comment

Pages