(ViraL) Didera Sebelum Ditanam Hidup-Hidup, Bayi Lelaki Bertali Pusat Berdarah Jadi Mangsa Ibu Paling Jahanam

" Awalnya sy dgr seperti bunyi cicak...bila dh dekat, terkejut tgk sekujur badan bayi yg masih bertali pusat yg penuh dgn darah...ibunya cuba bunuh, tanam hidup-hidup...nak dikatakan MALAIKAT sentiasa jaga bayi, dia cuma tertimbus 20 cm dan masih mampu bernafas...sebak lihat bayi tak berdosa jadi mangsa...."

Yang belum dpt zuriat, siang malam doa nak dpt anak..yg dh dpt anak, layan mcm binatang...kepala bana punya MAK...SHARE dan SEBARKAN sbg PENGAJARAN !





Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tanah oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, Selasa lalu.

Menurut individu yang menemui bayi itu, lebih kurang pada jam 5 petang, dia terdengar bunyi pergerakan berhampiran dan menyangka ia mungkin bunyi dari ular ataupun cicak. Setelah diperiksa, alangkah terkejutnya dia menemui sekujur tubuh kecil yang masih bertali pusat ini ditanam dalam tanah di bawah sebuah pokok.

Difahamkan, bayi malang ini cuba ditanam hidup-hidup oleh ibunya sendiri. Namun hanya ditanam pada kedalaman 20 sentimeter, menjadikan bayi ini masih ada ruang untuk bernafas seketika sebelum diselamatkan oleh penduduk. 



















Terdapat beberapa kesan tikaman kecil di badannya yang dipercayai ditikam dengan objek tajam. Bagaimanapun, si kecil ini selamat kerana luka itu tidak begitu dalam. 

Orang awam segera membawa bayi berkenaan ke Hospital Waeng Yai untuk mendapat rawatan segera.

Doktor hospital memaklumkan berkemungkin mangsa didera sebelum ditanam hidup-hidup, kerana terdapat kesan-kesan yang menunjukkan mangsa didera. Bagaimanapun keadaan bayi itu kini stabil.




Siasatan pihak polis juga berjaya menemui kesan tayar motosikal, kesan darah dan secebis pakaian yang dipercayai milik suspek. 

Polis kini sedang giat mendapatkan maklumat dari orang awam bagi mengesan suspek untuk didakwa di mahkamah.





No comments:

Post a Comment

Pages