Kakak Adalah Satu Anugerah Dari Ibu Bapa Buat Kita

Tidak semua orang bertuah mempunyai dan merasa kasih sayang seorang kakak. Kakak adalah seseorang yang mampu membimbing dan melindungi kita selain daripada ibu dan ayah.

Sangat beruntung jika anda mempunyai seorang kakak yang menyayangi dan mengambil berat tentang anda. Berikut antara kelebihan-kelebihan mempunyai seorang kakak yang patut anda hargai sentiasa.

 Anda boleh membuatnya marah



Dengan kelebihan ini, boleh saja anda bergurau dan mengusiknya.seorang kakak yang baik tidak akan mudah marah jika adiknya melakukan kesalahan kecil.

Usik dan buat lah dia marah sekali pun, anda masih dapat merasa kasih sayangnya. Berbeza jika dengan rakan-rakan, mungkin saja anda akan dipulaukan.

Dia membantu anda mendapatkan peluang pekerjaan

Mempunyai seorang kakak bermakna mempunyai saluran yang baik untuk dalam hubungan profesional. Kawan-kawannya mungkin menjadi supervisor anda, jadi anda beruntung apabila ingin mendapatkan pekerjaan. Malah, dia sentiasa tahu pembukaan internship yang hebat berbanding orang lain.

Penasihat fesyen yang jujur

Sebagai kakak yang lebih tua, pastinya dia lebih arif tentang fesyen berpakaian. Sebelum anda keluar rumah, dia akan memberikan komen yang jujur tentang fesyen anda. Dan jika dia berada dalam mood yang baik, dia mungkin akan menawarkan pakaiannya untuk anda.

seorang yang bertanggungjawab

Anda boleh mengharapkan dia melakukan kerja yang anda tidak mampu lakukan. Minta pertolongan nya, pasti dia akan membantu tanpa banyak soal. Itu tanda dia seorang kakak yang Bertanggungjawab.

Membuatkan anda terkenal di sekolah

Mempunyai kakak yang cantik dan bijak di sekolah adalah salah satu kelebihan dimana si adik juga akan dikenali dan mempunyai pengaruh di sekolah. Seronok kan?

Dia adalah guru kehidupan anda



Kakak anda akan memberikan nasihat terbaik untuk diri anda. Sebagai kakak yang lebih tua, dia akan mengajar anda dalam banyak benda dan akan menegur anda jika anda tersalah langkah. Itu tandanya dia sayangkan adiknya.

Dia rakan sepermainan ketika kecil



Dia lah rakan anda dirumah, bermain bersama, makan bersama bahkan mandi juga bersama. Tiada yang rapat dengan kita selain dia.

Bersyukur lah kerana dapat merasa kasih Sayang dari seorang kakak. Tidak semua berpeluang merasainya.

Sumber : Nakbebel

No comments:

Post a Comment

Pages