1. Tindakan beberapa jemaah solat Jumaat di Johor Bahru yang beramai-ramai membelasah pemandu Toyota Camry kerana membuat bising dengan membunyikan hon keratanya bertalu-talu,* adalah suatu jenayah. Kita tidak boleh mengambil undang-undang di tangan kita sendiri, kerana kerja menghukum adalah kerja pihak berkuasa, dan bukan orang ramai.
2. Pun begitu, kita juga perlu melihat isu ini secara holistik. Selain tindakan memukul pemandu tersebut adalah salah, tindakan memprovokasi yang dilakukan oleh pemandu itu dengan membunyikan honnya bertalu-talu ketika solat Jumaat juga adalah satu kesalahan jenayah.
3. Di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan (Akta 574), perbuatan menghasilkan sebarang bunyi “dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang,” adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh 1 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Seksyen 296 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mengganggu perhimpunan yang menjalankan sembahyang, adalah penjara yang boleh mencapai tempoh satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
4. Justeru, bukan sahaja para jemaah tersebut telah bertindak di luar batasan apabila bertindak membelasah pemandu tersebut; tetapi hakikatnya pemandu tersebut sebenarnya telah terlebih dahulu melakukan suatu perbuatan jenayah (jikalah benar seperti yang dilaporkan bahawa dia telah memprovokasi dengan membunyikan hon keretanya bertalu-talu ketika jemaah sedang bersolat Jumaat).
No comments:
Post a Comment