Insiden yang lebih buruk pasti akan berlaku lagi


Kita sahaja yang perlu memahami orang lain, Orang lain tak perlu?- Ridhuan Tee Abdullah
____________________________________
Video seorang lelaki diserang di depan surau Austin Perdana, Johor yang tular di media sosial semalam, sengaja dibuat agar masyarakat dunia memandang hakikat inilah orang Islam seperti ‘samseng’.
Menyatakan kekesalannya, Penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, hakikat yang sebenarnya orang Islam bukan sebegitu.
“Saya difahamkan bahawa sudah ada papan tanda tertulis dengan jelas, jalan ditutup buat sementara untuk kegunaan jamaah solat jumaat, persoalannya kenapa pemuda Cina tersebut masih memakirkan kenderaan di situ?
“Sudah tentu tindakan membunyikan hon ketika jemaah solat akan menimbulkan kemarahan dan ketidakselesaan. Bila kena pada orang Islam heboh satu dunia, kena kat mereka, tidak mengapa,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.
Semalam tular video yang memaparkan lelaki Cina dan pasangannya membuat provokasi apabila membunyikan hon tanpa henti ketika jemaah sedang solat Jumaat.
Kemudian, pemandu itu dikejar orang ramai sebelum beberapa kali cuba berundur dengan laju sehingga hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain. Rakaman video itu turut menunjukkan orang ramai dilihat memukul kereta dan pemandu lelaki itu dengan menggunakan kon.
Mengulas lanjut Ridhuan Tee berkata, apa yang berlaku semalam hanyalah secebis, akibat daripada perasaan yang telah lama terpendam.
“Insiden ini hanyalah pencetus. Sekiranya, kita terus biarkan hanya sebelah pihak sahaja yang bertoleransi, sedangkan pihak lain mengambil kesempatan, insiden yang lebih buruk pasti akan berlaku lagi.
“Terus terang saya katakan, insiden ini memang memalukan saya sebagai seorang Islam, tetapi kita harus ingat, toleransi orang Melayu (Islam) sebenarnya amat tinggi. Ledakan yang sudah lama terpendam sudah mula meletus jika kita tidak faham cara untuk menghormati orang lain.
“Kita harap kita sahaja yang memahami orang lain, sedangkan orang lain tidak memahami seperti yang kita fahami,” katanya.
Tambah beliau, sepatutnya insiden tersebut tidak berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak faham erti hikmah dan toleransi.
“Malangnya, ada setengah pihak hanya menyalah orang Islam yang terbabit? Pernahkah kita terfikir apa yang menyebabkan insiden tersebut berlaku? Siapakah yang memulakannya?,” soalnya.
Dalam pada itu Ridhuan Tee berkata, selama ini kita sering terdedah dengan kesesakan diebabkan perayaan agama lain, tetapi kita tidak pun bertindak seperti kes ini.
“Misalnya ketika perayaan Thaipusam, hantu lapar, Cheng Meng, perhimpunan gereja Ahad dan lain-lain perayaan bukan Islam, tidak kurangnya menimbulkan kesesakan dan menghalang jalan.
“Baru-baru ini perayaan cheng meng (cuci kubur), bermula daripada Sg Besi hingga Nilai (Nilai Memorial Park), berpuluh puluh kilometer sesak tidak bergerak kerana perayaan tersebut, pernahkah umat Islam membunyikan hon?
“Kita diam kerana memahami toleransi agama. Islam adalah agama hikmah bukan menyusahkan orang lain,” katanya.

sumber :
Zulfaizal Zakaria 

No comments:

Post a Comment

Pages