Tersalah Pilih Mangsa..Dua Warga Asing Koma Ketika Cuba R0G0l Atlet Karate Sabah

Tersalah Pilih Mangsa..Dua Warga Asing Koma Ketika Cuba R0G0l Atlet Karate Sabah

Kota Kinabalu � Cubaan dua lelaki pendatang tanpa izin untuk meragut dan merogol seorang gadis tidak berjaya malah suspek turut dibelasah sehingga koma oleh mangsa.
Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Alice Lien Hua, 20, sedang memandu seorang diri dari rumah saudaranya di Penampang.
Ketika sampai di Putatan, dia menyedari dua suspek berkenaan sedang mengekorinya dengan sebuah motosikal.
Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian suspek berkenaan memintas kereta yang dinaiki mangsa lalu berhenti dihadapannya.
Mereka kemudiannya menyuruh mangsa membuka cermin kereta dan menyuruhnya keluar.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menurut sahaja arahan suspek.

Selepas itu, salah seorang suspek memaksa mangsa menyerahkan wang sambil menghunus sebilah pisau tetapi mangsa memberitahu tidak mempunyai wang.
Suspek berkenaan terus menarik tangan mangsa lalu dibawa ke dalam semak sementara seorang lagi suspek menggeledah kereta mangsa untuk mengambil beg tangannya.
Ketika itu, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek yang menyebabkan suspek cedera dibelasah oleh mangsa yang juga merupakan atlet karate di Sabah.
Mangsa tidak mengalami kecederaan serius kecuali kesan lebam pada bahagian kening.
Suspek yang kini koma setelah patah leher sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Luyang.

No comments:

Post a Comment

Pages