facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Viral Berapi Api

loading...

Wednesday, 10 May 2017

Kunci Patah Dalam Tombol, Ini 9 Langkah MUDAH Keluarkan Kunci Patah Yang Ramai TAK TAHU !!!

Anda pasti panik apabila kunci yang digunakan untuk membuka pintu rumah tiba-tiba patah dan sebahagian kunci tersebut tersangkut di dalam tombol. Takut, cemas, keliru dan kadang-kala sampai pada satu tahap sehingga mahu menangis dibuatnya.
Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, jangan risau kerana artikel yang di petik dari laman era baru ini akan memberikan anda 9 cara mudah untuk mengeluarkan kunci yang telah patah tanpa perlu memanggil tukag kunci.
Sebelum melakukan apa-apa, anda diingatkan supaya tidak sesekali mencuba membuka pintu dengan menggunakan bahagian kunci yang telah patah tersebut. Hal ini akan menyebabkan anda menolak masuk separuh kunci yang telah patah ke dalam tombol dan akan menyukarkan lagi kerja-kerja untuk mengeluarkannya.
Cara yang paling mudah adalah dengan menyembur pelincir seperti WD-40 ke dalam lubang tombol tersebut bagi memudahkan ia dikeluarkan. Kemudian ambil playar untuk menarik bahagian kunci yang telah patah daripada tombol tersebut.
Sumber: i.startsatsixty.com.au
Sumber: The Sweethome
Namun, kadang-kala kaedah ini tidak begitu menjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti jenis tombol, ketiadaan playar dan sebagainya. Justeru, di bawah merupakan 9 kaedah yang lebih spesifik untuk anda.
#1 Alat mengeluarkan kunci patah
Sumber: DX
Alat ini boleh didapati di kedai-kedai menjual perkakasan dan ianya tidaklah begitu mahal. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memasukkan alat tersebut ke dalam tombol dan pastikan bahagian hujungnya mencapai hujung kunci anda supaya anda boleh menarik kunci anda yang tersangkut di dalam tombol tersebut.
Mungkin anda perlu melakukannya berulang kali bagi mendapatkan posisi yang betul tetapi berkat kesabaran, kunci anda boleh dikeluarkan dengan mudah.
#2 Mengetuk tombol atau mangga tersebut
Dalam sesetengah situasi, jika kunci anda tersekat dan patah di dalam mangga, anda boleh mengeluarkannya dengan menggunakan tenaga dan daya graviti.
Anda hanya perlu memegang mangga dan ketukkannya sehingga anda boleh menarik sebahagian kunci yang telah terkeluar dengan menggunakan playar.
#3 Menggunakan bilah gergaji kecil
Sumber: AliExpress
Kaedah yang sama digunakan pada alat untuk mengeluarkan kunci seperti yang telah dinyatakan pada kaedah #1. Masukkan bilah gergaji tersebut ke dalam mangga dan pastikan mata gergaji berada pada hujung kunci anda untuk membolehkan ianya ditarik keluar.
#4 Menggunakan sebarang jenis pin
Sumber: Wise Bread
Kaedah ini sangat berguna sekiranya anda terkurung di dalam bilik dan tidak mempunyai akses untuk mendapatkan perkakasan. Ambil dua objek yang kecil dan boleh dilenturkan seperti wayar halus, pin peniti dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam tombol.
Teknik yang betul diperlukan bagi menjayakan kaedah ini. Masukkan kedua-dua objek ke dalam dan tarik kunci perlahan-lahan. Kunci tidak akan terus keluar tetapi dengan melakukannya berulang kali, kaedah tersebut akan mula menampakkan hasilnya.
#5 Tolak kunci keluar daripada belakang mangga​
Anda bertuah sekiranya kunci anda patah di dalam mangga yang telah dibuka. Anda hanya perlu menolak semula silinder pada mangga tersebut. Tetapi, pastikan anda masukkan objek seperti pin di dalam lubang tersebut sebelum menolaknya ke dalam. Hasilnya, kunci anda akan terkeluar dengan mudah.
#6 Gunting
Sumber: wikiHow
Gunting adalah alatan yang paling sesuai digunakan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang alat perkakasan.
Sama seperti kaedah #1 dan kaedah #3, gunakan bilah gunting yang nipis dan kecil untuk memudahkannya masuk ke dalam tombol. Selain itu, anda juga boleh menggunakan gunting untuk menarik keluar kunci tersebut.
#7 Penyepit kecil
Sumber: wikiHow
Penggunaan penyepit ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan sekiranya anda tidak berhati-hati. Pastikan anda tidak menggunakan penyepit yang tebal bagi mengelakkan anda menolak kunci yang telah tersekat lebih dalam.
#8 Gam
Sumber: Human Design
Teknik ini berkesan sekiranya sebahagian daripada kunci tersebut terkeluar daripada mangga atau tombol anda.
Dengan cara meletakkan sedikit gam gajah pada bahagian hujung kunci yang telah dikeluar, anda boleh lekatkan wayar atau pin peniti pada kunci tersebut. Setelah kering, anda boleh menarik kunci dengan perlahan-lahan.
#9 Menggerudi
Kaedah menggerudi adalah kaedah yang terakhir boleh dilakukan sekiranya kesemua lapan kaedah di atas tidak menjadi untuk anda.
Namun harus diingatkan, kaedah ini boleh mengakibatkan kerosakan pada tombol atau mangga anda.
Gunakan alat gerudi dengan mata berukuran 1.5mm atau 2mm dan pastikan anda menggerudi dengan berhati-hati bagi meminimumkan kerosakan pada tombol anda.
2 tips lain untuk mengatasi masalah kunci tersekat di dalam tombol
#1 Goyangkan kunci anda secara perlahan
#2 Menggunakan ais
Sumber: WallPapers XL
Jika dengan kaedah menggoncang tidak berjaya mengeluarkan kunci anda, anda boleh menggunakan ais. Ais boleh menyebabkan bahan logam mengecut jadi memudahkan kerja mengeluarkan kunci.
Sumber:- Era Baru

No comments:

Post a Comment