facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Viral Berapi Api

loading...

Thursday, 11 May 2017

Wanita Buat Cerita Konon Diculik Untuk Lari Dari Hutang, Mengaku Tipu Suami

Wanita Buat Cerita Konon Diculik Untuk Lari Dari Hutang, Mengaku Tipu Suami

Gara-gara mahu melarikan diri daripada hutang, isteri kepada seorang anggota polis di Seri Iskandar sanggup mereka cerita diculik ketika membuat penghantaran barang kepada pelanggan di Taiping, Rabu lalu. 
Memetik BH Online, wanita berusia 40-an itu direman bagi membantu siasatan. Kisah tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen. 
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, suspek ditahan berikutan dipercayai mengadakan cerita kononnya diculik sebelum menghantar gambarnya diikat dan dilarikan kepada suaminya.
Susulan itu, suaminya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.
"Bagaimanapun sebaik polis menemui suspek berada di Shah Alam, wanita itu mengatakan mahu lari daripada orang ramai disebabkan masalah hutang serta sanggup menipu suaminya mengatakan dirinya dilculik. 
"Siasatan mendapati suami suspek tidak terbabit dalam rancangan penculikan itu dan polis mengesan seorang lelaki bernama Wan dipercayai kenalan suspek dipercayai terbabit dalam rancangan penculikan palsu itu," katanya. 
Beliau berkata, suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana culik dan Seksyen 182 kanun sama kerana membuat keterangan palsu.

No comments:

Post a Comment