GEMPAR !!!! Nelayan Terkejut Dapat Tangkap Ikan Pelik Dan Bertatu

Nelayan Terkejut Dapat Tangkap Ikan Pelik Dan Bertatu

Seekor ikan aneh ditemui sekumpulan nelayan yang terkejut dengan fizikal hidupan laut berkenaan yang sangat unik dan ganjil.
Memetik portal Metro Uk, ikan besar itu tidak bersisik, sebaliknya tubuhnya dipenuhi dengan ‘tatu’ seperti mahkota dan perisai, tulisan serta bentuk daun.
Nelayan yang menangkap ikan itu mengambil gambar ikan terbabit dengan ikan lain untuk dibuat perbandingan.
Sejak gambar penemuan itu dimuat naik ke rangkaian berita tempatan GMA, ia dibanjiri ribuan komen orang ramai yang cuba untuk memahaminya.
Salah satu kemungkinannya adalah ikan itu telah ditatu sebelum dilepaskan semula ke dalam laut.
Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Steve Clark menyatakan kemungkinan paling munasabah.
"Mungkin ada sampah atau kain yang melekat pada badan ikan itu menyebabkan coraknya melekat pada kulitnya.
"Ini cuma pandangan saya lah," tulisnya.
Namun, ada juga yang menganggap ikan yang ditangkap di wilayah Lopez, Filipina itu berkait rapat dengan unsur mistik seperti jelmaan dewa.
Dalam masa sama, seorang pembaca berkata banyak perkara di dalam dunia ini yang masih menjadi misteri terutama di laut dalam. 

No comments:

Post a Comment

Pages