TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)

1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA

2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa tu tengah 'bulan tua', rajin-rajin lap hidung meow supaya hingus tak meleleh. Hasil perkongsian tips dalam blog-blog, banyak yang cadangkan bagi minum air kelapa supaya cepat sembuh. Pastikan juga kucing minum air banyak dan cukup makan. Kalau kucing tak nak minum dan makan, cuba bagi wet food dan paksa minum air berglukose guna picagari.

3. Pernah dengar virus Parvo dan virus Sporo? Dua jenis virus ni antara virus berbahaya yang boleh menyebabkan kematian pada si meow. Virus Parvo ialah "PARVOVIRUS felin (FPV) merupakan sejenis virus yang boleh mengakibatkan jangkitan kronik dan membawa maut. Ia turut dikenali sebagai panleukopenia felin dan biasanya menyerang anak kucing" (sumber: Kosmo). Manakala Virus Sporo atau Sporotrichosis - Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan. Sebelum ni tak tau pun pasal virus-virus, dapat tau pun dari hasil carian di google dan baca perkongsian penjagaan kucing dari peminat-peminat kucing di group facebook Borneo Catlover Community (BBC). Dalam group tu, kita boleh tanya tentang kucing, mesti ada yang prihatin akan jawab persoalan kita. Sebab apa? Sebab sama-sama sayangkan kucing :)

4. Dalam gambar tu, badan Si Kuning luka sebab bergaduh dengan kucing jantan di luar rumah, mungkin sebab berebut makwe huhu. Si Kuning dah dua kali kena luka berulat (maggot). Dua kali jugalah saya jadi doktor veteriner tidak terlatihmerawat kucing luka berulat. Maaf tiada gambar luka yang ada ulat tu, tak sampai hati nak gambar sebab kesian tengok Si Kuning kesakitan kena gigit ulat dari dalam. Jujurnya, pengalaman pertama nak hadap luka yang penuh ulat tu, ya ampun rasa geli sangat sebab tengok ulat keluar masuk dalam luka tu. Dapat bayangkan ulat sampah tu? Sebab tu, kalau kucing ada luka sikit, pastikan jangan biarkannya di luar rumah sebab nak elak dari dihinggapi lalat. Ulat maggot tu jahat sebab makan daging dari luar hingga ke dalam badan kucing, boleh jadi kurus kucing dibuatnya. Bayangkan saja, sekecil-kecil ulat tu boleh jadi gemuk gedempol.

5. Tips rawat kucing luka berulat, mungkin berbeza dengan cara yang lain dan mungkin juga sama sebab saya pun google cara rawat kucing luka berulat dan tanya dalam group BBC. Pertama sekali, bila nampak luka berlubang kecil sebesar 20 sen atau 50 sen berulat, jangan panik. Ada banyak cara nak keluarkan ulat-ulat tu. Cara saya hanya tuangkan minyak gamat. Boleh guna minyak lain contohnya minyak batu atau minyak petrol tapi pastikan kucing tidak menjilatnya. Ulat akan keluar berpusu-pusu sebab cari udara.

Pet Health Record Si Kuning, Si Kecil, dan Si Putih. Terima kasih Doktor Klinik Veteriner Papar.

6. Tapi, jangan pula biarkan begitu saja, kita kena tarik satu persatu ulat yang keluar tu dan buang. Ulat tu takkan mati dan berkemungkinan akan masuk semula ke dalam badan kucing setelah minyak kering. Jadi, memerlukan kesabaran dan kekuatan mental yang sangat tinggi ketika proses membuang ulat. Pastikan pakai sarung tangan untuk kebersihan diri sendiri. Pengalaman kedua dulu, saya dan bapa yang kerjakan ulat-ulat tu. Geram sangat tengok ulat-ulat tu, bapa sembur dengan Ridsect huhu. Kesian pula si Kuning kesakitan sebab pedih kena luka. Tapi, ulat memang keluar cepat sebab pengsan hidu bau Ridsect. Pastikan kucing tak jilat, okey?

7. Antara ubat-ubatan yang saya sediakan semasa rawatan kucing luka berulat, ubat kuning (yellow lotion), Hydrogen PeroxideAnisamex (spray supaya tidak dihinggapi lalat) dan minyak gamat. Satu malam juga rasanya membuang ulat-ulat, banyak sangat. Lepas dah kurang ulat, bawa pergi klinik vet untuk suntikan supaya ulat-ulat dalam badan keluar dan mati. Memang ambil masa yang panjang nak rawat kucing yang luka berulat ni. Setiap masa kena rajin sapu minyak gamat supaya luka cepat kering dan mengecut. Alhamdulillah, luka si Kuning sekarang dah beransur sembuh. Cuma sekarang tengah demam selesema pulak. 

8. Cara bagi kucing makan ubat. Bagi yang pertama kali nak bagi kucing makan ubat, memang agak susah. Yala, takut kena cakar dan kena gigit oleh kucing hehe. Ada tiga cara, pertama sekali saya akan masukkan terus pil ke dalam mulut meow, tapi kena pandai pegang rahang mulut meow dan kawal kaki tangan meow. Cara kedua, hancurkan pil atau serbuk dalam kapsul tu dengan sedikit air. Lepas tu, sedut guna picagari kemudian tekan masuk ke dalam mulut meow. Pastikan pegang rahang mulut meow lembut-lembut, usap perlahan-lahan kepala dan dagu meow untuk tenangkan meow. Cara terakhir kalau saya dah putus asa tak dapat pujuk meow, hancurkan ubat tu dan gaulkan bersama makanan kegemaran si meow, contohnya wetfood ProDiet (sardin tuna), campurkan sekali dengan dry food ProDiet (keropok ikan) dan gaulkan sekali dengan ubat. Insha Allah, si meow akan makan sampai habis. Pastikan makan ubat tu ikut nasihat doktor, jangan main hentam saja ya sebab kucing pun macam manusia juga, dos tertentu saja boleh dia terima dalam sehari.


9. Hai, nama saya si Putih. Saya dah dua kali beranak. Beranak kali pertama, hanya seekor saja daripada tiga ekor yang masih hidup sampai sekarang, namanya si Kecil. Beranak kali kedua, tiga ekor saja yang hidup daripada empat ekor. Nama? Saya pun taktau lagi nak bagi nama, banyak sangat hehe. Si Putih ni paling senang nak jaga, tak berak dan kencing merata-rata. Entahlah di mana dia berak kencing. Makan minum pun senang nak jaga.


10. Hai, nama saya si Kelabu. Ada dua ekor anak. Yang ni jarang di rumah sebab dia suka lepak di rumah sebelah. Anak-anaknya pun dah besar sikit. Cute sangat tapi not so friendly. Mentang-mentanglah kucing Siam, sombong, bluwekkkk. HAHA. Dia ni tak suka bercampur dengan yang lain, kalau jumpa mesti masing-masing keluar taring dengan bunyi Grrrrrrrrr !! 


11. Si Kecil, Si Kuning dan Si Putih. Yang tiga ekor ni memang bestfriend forever. Tidur dalam satu cat cage pun tiada masalah. Kalau bangun Subuh, buka ja pintu bilik, dah bersusun duduk depan bilik minta makan hehe. Alhamdulillah, seronok juga jaga kucing-kucing ni. Pagi jaga anak orang, petang pula pulang rumah jaga kucing. Sesuai sangat dah tu jadi penjaga hehe. Kucing banyak ajar kita banyak benda dalam kehidupan. Kucing mendidik kita cara nak kawal marah sebab diorang memang sengaja berak kencing di tempat yang sama walaupun dah selalu kau bebel, tak nak dengar juga. Kucing mengajar kita erti sabar, sabar dalam melayan karenah kucing, sabar ketika merawat kucing sakit, sabar untuk setiap masa membersihkan berak kencing kucing. Kucing mengajar kita untuk menyayangi, prihatin dengan sekeliling dan melembutkan hati kita yang selama ni keras disebabkan ego tak nak pegang taik dan selalu cakap taik kucing bau busuk sedangkan taik sendiri lagi busuk !!hehe

12. Hikmah memelihara kucing. Kucing mengajar kita erti berkongsi rezeki, mungkin selama ni kita kedekut nak berkongsi rezeki dengan makhluk lain, selepas dah jaga kucing, secara automatiknya sifat suka memberi dan berkongsi rezeki akan terdidik dengan baiknya dalam diri kita. Hujung bulan dah pay day, selama ni beli makanan untuk diri sendiri saja, sekarang ni mesti pergi bahagian makanan kucing nak belikan makanan untuk kucing. Biarlah orang kata kita membazir beli wet food dan dry food, orang kata bagi ja sisa makanan ataupun sardin tin murah. Biarkan saja dengan pandangan orang sekeliling. Semua orang ada bahagian hidup masing-masing. Tak ruginya kita berkongsi rezeki dengan haiwan kesayangan. Terima kasih KUCING :)

#NOTAKAKI: Bagi yang rasa kurang happy, putus cinta, nak belajar menyayangi, didik diri jadi penyabar, rasa kesepian, dan sewaktu dengannya, cubalah berkawan dengan kucing ataupun haiwan peliharaan yang lain. Insha Allah, pasti ada kebaikannya untuk diri kamu sendiri. Setiap ciptaan Allah Taala punya asbab untuk wujud di muka bumi ini. Terpulang daripada diri kita untuk menghargainya atau tidak. Sedih sebab tiada buayafriend? Senang je, geng la dengan meow ! #TipsPutusCinta #TipsTiadaBoyfriend HAHA

Sumber : suterakasihyann

No comments:

Post a Comment

Pages