Geng samun ditahan



EMPAT lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 27 tahun ditahan Op Cantas kerana terbabit dalam kes samun di sekitar daerah ini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling Superitendan Shariffuddin Yusuf berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi bermula 3.30 pagi hingga 8 pagi oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling selepas menerima maklumat.
Menurutnya, mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun termasuk melarikan wang tunai RM1,500 milik seorang mangsa dalam kejadian di Dewan Tun Razak, di sini, pada 11.30 malam 29 Mei lalu.
"Dalam kejadian itu, mangsa didatangi dua suspek bertopi keledar di mana salah seorang turut duduk di belakang motosikal mangsa sambil mengacu pisau memaksanya pergi ke bank.
"Manakala, seorang lagi suspek mengekori dengan motosikal lain sebelum meninggalkan mangsa di Charuk Nau, di sini, sebaik mendapat wang itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya turut merampas telefon bimbit, rantai leher perak, enjin motosikal Honda EX5, motosikal Honda EX5, komponen motosikal, baju, seluar jeans dan baju sejuk yang dipercayai barangan samun bersama kerambit.
"Hasil soal siasat juga suspek berusia 20 dan 27 tahun mengaku melakukan tiga kes samun di daerah ini, manakala suspek lain mengaku terbabit sama dalam kes samun, 29 Mei lalu.
"Kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan ditahan reman bermula hari ini hingga 13 Jun bagi membantu siasatan," katanya.

Sumber : MyMetro

No comments:

Post a Comment

Pages