Anak Demam? Ni Cara Mudah Untuk Turunkan Suhu .. Hanya Guna Lemon Je .. Percaya Tak?

lemon sock

Bila ada anak kecil memang anda akan selalu berhadapan dengan situasi anak demam. Biasalah anak-anak yang sedang membesar mudah jatuh sakit terutama sekali demam. Bila anak demam, ibu pun cepat menggelabah apatah lagi kalau suhu badan anak terus panas.
Selain bagi makan ubat doktor, tak salah untuk cuba cara tradisional merawat demam anak seperti dikongsi oleh seorang ibu Puan Syuhada Amir di laman blognya.
Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.
Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.
a. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)
– Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
– Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.
– Selain itu, kita boleh juga merendam stokin anak di dalam campuran air lemon itu dan pakaikan kepada anak kita pada waktu malam.
b. Hirisan lemon
– Kalau anak dah besar, mereka biasanya akan rimas apabila dipakaikan stokin yang lembab.
– Jadi, bolehlah hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal ??
– Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.
Jangan lupa untuk memberikan si anak Chewable Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun anak kita supaya lebih kuat untuk melawan penyakit di masa akan datang ??
Dan semoga ibu-ibu kuat dan tabah menghadapi dugaan menguruskan anak yang demam. Banyak yang kita akan belajar daripada ujian yang kecil begini. Fikirkan betapa gembira dan puas hatinya kita nanti apabila anak kita sihat disebabkan susah payah kita menjaga mereka.
Sumber: http://ummuzuhayr.com

No comments:

Post a Comment

Pages