(Video) Detik Cemas Ular Tedung Berusaha Panjat Masuk Rumah di Johor Dapat Lebih 4 Juta Tontonan



Satu video dramatik yang memaparkan saat cemas ketika ular cuba masuk ke dalam sebuah rumah di Batu Pahat Johor menjadi viral di media sosial apabila mendapat tontonan lebih 4 juta kali.

Video yang dimuat naik oleh Derrick Yi Fan di Facebook itu memaparkan seekor ular tedung agresif cuba memasuki rumah berkenaan dalam kejadian pada 4 petang pada Ahad.

The Star melaporkan, ular itu yang dianggarkan sepanjang lapan kaki cuba memanjat jeriji pintu rumah terbabit dan cuba memasuki menerusi lubang angin di rumah tersebut.

Derrick berkata, bagaimanapun, tiada siapa di dalam rumah berkenaan dan Bomba dipanggil untuk menangkap ular terbabit.

Namun, Derrick berkata, bomba gagal menemui ular tersebut.




SUMBER : SIAKAPKELI.MY

No comments:

Post a Comment

Pages