RESEPI AYAM GORENG ALA MCD YANG KECOH MENGIURKAN KT TV TU..

Image may contain: food

Mungkin ramai yg mengamalkan gaya hidup sihat, jadi resepi ni utk anda... Share cpt!!
Ayam goreng ala MCD / KFC

Image may contain: food

Bahan-bahan perap.
1 ekor ayam di potong 8
8/9 ulas bawang putih dan tumbuk
3/4 sudu besar serbuk cili
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
Sedikit air
Bahan-bahan utk salut ayam A
1 sudu serbuk cili
1 biji telur (pukul dulu)
Bahan untuk salut ayam B
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda

Cara-cara penyediaan:
Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan
Gaul bahan2 salut ayam, Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata2.
Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pd tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B
Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dlm tempoh 10-15minit.
Siap! Boleh makan tanpa rasa was-was kerana MSG
Selamat mencuba..
Sumber : Viral Oh Vira

No comments:

Post a Comment

Pages