Kapal Selam Pertama di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu



Pada tahun 1718, seorang tukang kayu Rusia bernama Yefim Nikonov telah menulis kepada pemimpin Rusia, Tsar mendakwa bahawa dia boleh membina sebuah "kapal rahsia" yang boleh belayar di bawah air dan memusnahkan semua kapal-kapal musuh dengan meriam. Atas rasa ingin tahu dan berminat, Tsar menjemput Nikonov ke Saint-Petersburg dan meminta beliau untuk memulakan pembinaan kapal tersebut.

Nikonov selesai membina model kapal itu sekitar1721, dan diuji di hadapan Peter the Great, yang begitu gembira dengan model prototaip itu, lantas mengarahkan Nikonov untuk membina sebuah kapal perang rahsia sebenar.

Kapal selam Nikonov ini dibina daripada kayu dan berbentuk seperti tong. Ia dilengkapi dengan "tiub api", senjata yang serupa dengan penyembur api. Kapal selam itu sepatutnya mendekati kapal musuh, meletakkan hujung "tubes" keluar dari air, dan meletupkan kapal-kapal musuh dengan beberapa campuran mudah terbakar. Selain itu, beliau mereka bentuk airlock untuk anak kapal keluar dari kapal selam dan untuk memusnahkan kapal kapal perang.



source: amusing planet

No comments:

Post a Comment

Pages