Liverpool beli Salah Chelsea untung



CHELSEA dijangka raih untung menerusi klausa jualan andai Liverpool melengkapkan perpindahan pemain sayap Mesir Mohamed Salah daripada kelab Itali, Roma.
Akhbar The Times hari ini melaporkan Liverpool bakal mencatat rekod perpindahan kelab itu bagi pemain berusia 25 tahun itu yang akan tiba di Merseyside, minggu ini untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Salah menyertai Roma daripada Chelsea pada nilai 12 juta pound (RM65 juta) pada 2016 selepas dipinjamkan ke kelab Itali dan kelab London itu menguruskan klausa jualan kontrak sebanyak 10 peratus keuntungan bagi penjualan pada masa depan.
Salah menjaringkan 15 gol bersama Roma musim lalu ketika menamatkan saingan di tangga kedua Serie A.
Dia dikenalpasti sebagai pembelian utama pengurus Liverpool Juergen Klopp yang sudah memiliki pemain serba boleh iaitu pemain antarabangsa Senegal Sadio Mane.

SUMBER : MyMETRO

No comments:

Post a Comment

Pages