DJI Mavic Pro



Dron menjadi trend dan hobi menarik kepada pengguna yang mahukan cabaran baru dengan menerbangkan pesawat.
Pada masa sama, ia berupaya merakam keindahan alam sekitar yang kita nikmati di Malaysia.
Sebab itu, IT@Metro mencadangkan anda membeli DJI Mavic Pro yang diedarkan ECS ICT Berhad.
Dron berharga RM4556.94 terbabit mampu terbang sehingga tujuh kilometer pada kelajuan 64 kilometer sejam.
Mavic Pro dilancarkan di Amerika Syarikat beberapa bulan lalu dengan berat hanya 743 gram iaitu 83 peratus lebih kecil berbanding model Phantom 4 sebelum ini.
Ia mempunyai kamera yang mampu merakam video 4K dengan gimbal 3 axis yang menstabilkan rakaman terbabit.
Dron ini mampu beroperasi sehingga 27 minit dan mencapai kelajuan 64 kilometer sejam dengan beberapa sensor baru juga dimuatkan.
Ini bagi meningkatkan tahap keselamatannya selain penambahbaikan sensor GPS dan ultrabunyi memastikan dron ini tidak mengalami kemalangan.
Ciri utama pada Mavic Pro sudah tentu saiznya apabila hanya bersaiz 83 x 83 x 198mm dan seberat 743g.
Aspek kameranya juga boleh tahan, ia menerima perkakasan video yang sama daripada Phantom 4.
Jadi, ia berupaya merakam video 4K pada kadar 30fps dan sepantas 120 fps pada resolusi HD penuh.
Jarak fokalnya 28mm dan boleh membentuk imej RAW dalam format DNG bagi memberikan lebih ruang menyunting kelak.
Kameranya dipasang dengan gimbal 3 paksi dengan bateri berkapasiti 3830mAh memberikan tempoh penerbangan sehingga 27 minit.
Dua sensor ultrabunyi ada pada bahagian bawah untuk mengelakkannya melanggar halangan.
Satu lagi kelebihan dron ini pada teknologi penjejak imej kameranya, ActiveTrack akan memberitahu dron dan kamera untuk fokus terhadap subjek selain imej boleh dirakam dengan hanya melambai-lambai kepada kamera.
INFO
DJI MAVIC PRO
• Pengedar: ECS ICT Berhad
• Ciri: dron kompak
• Pro: kamera cantik
• Kontra: perlu biasakan

Sumber : MyMetro

No comments:

Post a Comment

Pages