TIPS !!! pasti ada ibu ibu yang sibuk di dapur terkena air panas dan atau minyak panas kan? ada 7 petua korang boleh cuba..Yang No 6 itu ramai yang tak pernah terpikir... SILA KONGSI KEPADA SEMUA AGAR BERMANFAAT..... ............TEKAN SHARE.............

TIPS KESIHATAN !!! 7 Petua Merawat Kulit Terkena Minyak Atau Air Panas

7 Petua Merawat Kulit Terkena Minyak Atau Air Panas


Kulit anda terkena minyak atau air panas?
Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana petua ini. 
1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya atau Aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.
2. Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.
3. Tempekkan kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.
4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.
5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.
6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.
7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Pages